Live: Malaysia vs Tunisia, Kesebelasan Utama & Siaran TV FIFA Youth Series
MakanBola
FA Malaysia

Aksi kedua peringkat kumpulan B FIFA Youth Series bakal menyaksikan pertemuan Malaysia vs Tunisia pada Isnin.

Skuad negara kendalian Javier Jordan Ribera terpaksa akur menelan kekalahan tipis 0-1 di tangan Paraguay pada Ahad hasil jaringan tunggal Jonathan Rolon di awal babak kedua.

Pada aksi terakhir kumpulan ini, pasukan Malaysia B-16 akan turun menentang wakil dari benua Afrika, Tunisia dalam misi menebus kekalahan semalam dan perbaiki kedudukan dalam kumpulan.

Hal ini kerana, negara di tangga ketiga kumpulan A dan juga B akan bersaing sesama sendiri untuk merebut tempat ke-5 dan ke-6 bagi kejohanan jemputan FIFA yang berlangsung di Switzerland ini.

Kesebelasan Utama Malaysia vs Tunisia

Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.

Info Siaran Langsung Malaysia vs Tunisia

Tarikh: 19 Mei 2025 (Isnin).
Masa: 4.50 petang waktu Malaysia.
Venue: Zurich, Switzerland.
Siaran Langsung: FIFA+.