Live: Selangor vs JDT, Kesebelasan Utama & Siaran TV MPFL
MakanBola
FA Malaysia

Aksi tumpuan minggu ke-2 Malaysian Premier Futsal League (MPFL) menyaksikan Selangor akan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu.

Pada aksi pembuka tirai MPFL minggu lalu, JDT dan Selangor masing-masing mencatat kemenangan cukup besar dengan skuad Harimau Selatan itu menumpaskan pendatang baharu, MUFT.

Sementara Selangor turut mengutip 3 mata pada minggu lalu setelah mudah membelasah Kedah 5-1 di gelanggang sendiri sekaligus memulakan saingan musim 2025 dengan langkah kanan.

Ad

Kemenangan besar yang direkodkan pada minggu lalu telah meletakkan JDT dan Selangor kini di kelompok dua teratas carta MPFL namun hanya dibezakan dengan jaringan sahaja.

Ad

Kali terakhir kedua-dua jaguh ini bertemu adalah pada aksi final Malaysia Futsal Cup 2024 yang menyaksikan pasukan JDT muncul juara dengan mengecewakan Selangor 3-1.

Kesebelasan Utama Selangor vs JDT

Ad
Ad

Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.

Ad

Info Siaran Langsung Selangor vs JDT

Tarikh: 15 Mac 2025 (Sabtu)
Masa: 9.30 malam
Venue: Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments