Live: Siaran Langsung Malaysia vs Laos, Kesebelasan Utama & Siaran TV Kelayakan Piala Asia B-17
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Aksi Kelayakan Piala Asia B-17 menyaksikan pertembungan antara Malaysia dan juga Laos.

Skuad kendalian Javier Ribera memulakan langkah kurang baik apabila tunduk 2-0 di tangan Emeriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi pembukaan.

Ad
Sponsors

Pengendali muda itu bagaimanapun berhasrat untuk membantu skuad muda negara menempah tiket ke Piala Asia 2025.

Ad

“Pertama sekali, kita datang ke sini untuk bersaing (dengan dua pasukan lain, UAE dan Laos) dalam dua perlawanan. Walaupun Lubnan tidak menyertai (saingan kelayakan), matlamat kita ialah layak ke Piala Asia B-17 2025,” katanya.

Ribera percaya dengan persiapan yang telah diatur, ini akan membantu anak buahnya lebih bersedia dengan saingan di peringkat Asia.

Ad

“Kita sudah bekerja membentuk pasukan sejak lima bulan lalu, sejak AFF (Kejohanan ASEAN B-16 2024). Dan kita terus mengorak langkah selepas AFF. Selepas itu, kita telah membuat beberapa panggilan skuad (kebangsaan). 

Ad

“Dan sejak tiga minggu lalu, kita sudah lakukan persiapan di Malaysia. Kita juga sudah mengharungi beberapa aksi persahabatan tertutup. Itu cara (persiapan) kita ke sini dan saya fikir kita sudah bersedia (aksi pusingan kelayakan) di Asia,” ujarnya.

Ad

Kesebelasan Utama Malaysia vs Laos

Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.

Info Siaran Langsung Malaysia vs Laos

Tarikh: 27 Oktober 2024 (Ahad)
Masa: 8Malam
Venue: Stadium National Lao.
Siaran Langsung: Astro Arena

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.