Salah satu aksi menarik pada minggu terakhir Liga Super adalah pertemuan melibatkan Terengganu vs Kedah.
Pertembungan jaguh Pantai Timur dan Utara ini menjadi satu aksi yang dinantikan oleh ramai peminat musim ini meskipun kedua-dua pasukan tidak berada di prestasi terbaik ketika ini.
Terengganu pastinya mahu menutup saingan kali ini dengan 3 mata di hadapan penyokong sendiri setelah terpaksa akur tumpas dua kali berturut-turut kepada Selangor dan PDRM.
Manakala Kedah yang dibelenggu isu luar padang datang ke Gong Badak berdepan misi sukar di laman lawan lebih-lebih lagi ketiadaan seorang lagi pemain import Ebenizer Assifuah.
Kali terakhir kedua-dua pasukan adalah ketika saingan Liga Super di Stadium Darul Aman yang menyaksikan pasukan Kedah berjaya menumpaskan Terengganu 1-0 hasil jaringan Cleyton.
Kesebelasan Utama Terengganu vs Kedah
Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.
Info Siaran Langsung Terengganu vs Kedah
Tarikh: 20 April 2025 (Ahad)
Masa: 9.00 Malam
Venue: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Siaran Langsung: Astro Arena.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.