Perlawanan terakhir saingan Liga Perdana musim 23/24 ini menyaksikan pertembungan diantara Liverpool menentang Wolverhampton berakhir dengan keputusan 2-0.
Liverpool akhiri perpisahan Jurgen Klopp di tangga ke-3 Liga dengan mengumpul 83 mata, berada di belakang Arsenal dan Manchester City.
Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan.
Pada minit ke-28 permainan, pertahanan kanan Wolves, Nelson Semedo dilayangkan kad merah selepas mengasari Alexis Mac Allister.
Selang enam minit permainan, Alexis Mac Allister membuka jaringan pertama pasukan menerusi tandukan deras selepas menerima hantaran daripada Harvey Elliot.
Pemain muda Liverpool, Jarell Quansah menggandakan jaringan pada minit ke-42 permainan selepas mudah menyepak masuk hantaran daripada Mohamed Salah.
Separuh masa pertama, Liverpool 2-0 Wolverhampton Wanderes.
Separuh masa kedua berakhir tanpa jaringan. Liverpool dilihat lebih mendominasi permainan selepas kekurangan pemain daripada pasukan Wolves.
The Reds kekal beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim hadapan.
Sementara Wolves mengumpul 47 mata sekaligus menamatkan saingan berada di tangga ke-14 Liga musim ini.