Liverpool Buka Permohonan Jawatan Staf Kejurulatihan Di LinkedIn
EPL
MakanBola
Edit By FZ
Advertisements

Selepas mengesahkan perlantikan Arne Slot sebagai pengganti Jurgen Klopp, Liverpool kini mengiklankan jawatan staf kejurulatihan kosong di LinkedIn.

Daily Mirror melaporkan jawatan kosong yang diiklankan pasukan yang diberi jolokan The Reds itu ialah jurulatih khas untuk situasi bola mati.

Advertisements

Kehadiran jurulatih khas ini bukan sesuatu yang asing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) hari ini. Ini kerana jurulatih tersebut bukan saja membantu pasukan bertahan lebih baik bila berdepan situasi bola mati.

Malah, ini akan membantu pasukan meningkatkan pulangan gol dalam situasi yang dinyatakan, baik sepakan percuma mahupun sepakan sudut.

Advertisements

Antara pasukan yang menggunakan khidmat jurulatih khas ini ialah Arsenal, Brentford dan Manchester City.

Penambahan jurulatih ini dilihat sebahagian daripada usaha hierarki baru bahagian sukan pemilik Liverpool, Fenway Sports Group (FSG) untuk memantapkan staf kejurulatihan Slot.

Advertisements

Semasa era Klopp, Liverpool tidak membawa masuk jurulatih khas situasi bola mati. Ini kerana peranan itu digalas oleh penolong jurulatih, Peter Krawietz.

Individu yang memohon jawatan tersebut bakal membantu merangka strategi Liverpool yang efektif bila berdepan situasi bola mati. Selain itu, pemohon yang terpilih bakal mendapat gaji yang kompetitif.

Advertisements

Selain jurulatih khas berkenaan, Slot bakal dibantu oleh penolong jurulatih Belanda, Sipke Hulshoff semasa berada di Anfield.

News Comments Account