Advertising
Liverpool Dianggap Bertuah Miliki ‘David Beckham’ Di Anfield
MakanBola
Liverpool

Bekas pengurus Leeds United, Jesse Marsch menganggap Liverpool amat bertuah kerana sudah mendapatkan khidmat pemain tengah Hungary, Dominik Szoboszlai.

Marsch yang pernah melatih Szoboszlai semasa bergelar pengurus RB Leipzig berpandangan sedemikian kerana pemain Hungary itu mempunyai kaki kanan seperti legenda England, David Beckham.

Ad

“Beliau ialah versi moden David Beckham. Bila bola berada di kaki kanannya, beliau boleh hantar ke setiap arah mana yang dimahukannya. Ketepatan dan kelajuan bola yang dihantarnya menakjubkan,” katanya kepada Daily Telegraph seperti dilaporkan ESPN.

Ad

Szoboszlai menyertai Liverpool dengan yuran perpindahan £60 juta (RM350 juta) dari Leipzig awal musim ini. Ini merupakan sebahagian daripada usaha pengurus The Reds, Jurgen Klopp membina semula bahagian tengahnya susulan perpindahan beberapa pemain dari Anfield.

Selain Szoboszlai, Liverpool turut mendapatkan Alexis MacAllister dan Wataru Endo masing-masing dari Brighton dan VfB Stuttgart.

Ad

Trio ini diharap dapat membantu The Reds kembali mencabar takhta liga selepas terpaksa berpuas hati dengan kedudukan kelima musim lepas.

Ad