Liverpool Jumpa Pengganti Mo Salah Bernilai ‘RM244 Juta’
Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain sayap sensasi Belanda, Donyell Malen kini menjadi buruan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool FC.

Bintang berusia 25 tahun itu merupakan pemain paling menyerlah bersama Borussia Dortmund musim 2023 ini.

Konsistensi dan ketajaman pemain sayap lincah ini sudah pun mendapat perhatian beberapa kelab gergasi Eropah sejak musim lalu.

Advertisements

Namun begitu, menerusi beberapa laporan yang tular di media sosial, Malen kini menjadi buruan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp yang mahu menambah bisa pada jentera serangan The Reds.

Pengendali kelahiran Jerman itu dikatakan sedang memburu pemain yang memiliki kualiti berbeza di bahagian serangan terutamanya untuk membantu Liverpool beraksi di pentas Liga Eropah (Europa League) musim ini.

Liverpool dikatakan sanggup membayar sekitar RM244 Juta bersamaan dengan 52 Juta Euro buat pemain yang meledak 9 gol di Bundesliga musim lalu.

Advertisements

Klopp juga dikatakan sudah lama berminat untuk mendapatkan khidmat Malen sejak beliau beraksi buat PSV Eidhoven di Belanda.

Liverpool bagaimanapun perlu menebus kontrak pemain ini yang diikat sehingga tahun 2026 bersama kelab Jerman tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram