UltraSukan
Olympic Council of Malaysia
Advertisements

Giliran Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria pula tampil memberi penjelasan berkenaan warna emas di logo dan Jalur Gemilang yang terdapat di pakaian kontinjen Malaysia untuk ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Advertisements

Baru-baru, pihak MOM telah telah memperkenalkan pakaian kontinjen Olimpik negara di Paris berupa baju berkolar, baju T dan jaket dalam satu majlis sempena Hari Olimpik Malaysia di The Exchange TRX.

Pakaian yang menggunakan dua warna utama iaitu hitam dan emas itu dipilih sebagai simbolik bagi perjuangan atlet Malaysia dalam misi memburu pingat emas pertama buat negara dalam sejarah penyertaan Sukan Olimpik.

Advertisements

Namun begitu, Tan Sri Norza dalam satu kenyataan menjelaskan mengenai warna emas yang digunakan di bendera Malaysia yang terdapat di pakaian tersebut merupakan sebahagian daripada logo rasmi MOM dan ia menepati panduan IOC.

“Versi emas logo MOM yang menggabungkan kibaran bendera negara dan lima gegelung itu menepati garis panduan IOC (Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa),” kata Tan Sri Norza Zakaria dalam satu kenyataan.

Advertisements

“la bukanlah bendera Malaysia atau Jalur Gemilang yang dipinda atau diubah suai sesuka hati. Apabila digunakan dalam versi lima warna atau polychrome, warna lima gegelung itu ialah dari kiri ke kanan, biru, kuning, hitam, hijau dan merah.”

Tambah beliau lagi, warna asal bagi logo MOM itu tidak digunakan memandangkan latar belakang pada pakaian kontinjen negara adalah berwarna hitam yang memerlukan satu warna sahaja yang kontra.

Advertisements

“Biru, hitam dan merah di sebelah atas, manakala kuning dan hijau di sebelah bawah. Versi lima warna hanya boleh digunakan pada latar belakang putih mengikut syarat IOC,” jelas beliau lagi.

“Andai latar belakang itu adalah selain daripada putih, versi monokrom atau satu warna mesti digunakan. Sebagai contoh jika latar belakang hitam, logonya hendaklah digunakan dengan warna kontra satu warna sahaja seperti putih, kuning atau biru.”

Advertisements

Terdahulu, Tan Sri juga sempat mengucapkan terima kasih buat semua rakyat Malaysia khususnya peminat sukan tanah air yang mengambil berat dan cakna mengenai majlis pelancaran dan reka bentuk pakaian tersebut dengan pandangan yang membina.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram