Louis van Gaal Capai Persetujuan Kendali Pasukan Belanda
MakanBola
Foto: TRT World and Agencies
Sponsors

Persatuan Bola Sepak Belanda (KNVB) dan Louis van Gaal dikhabarkan mencapai persetujuan untuk kembali mengendalikan pasukan “The Oranje” tersebut.

Pengendali sebelum ini, Frank de Boer melepaskan jawatannya berikutan aksi buruk Belanda dalam kempen Kejuaraan EURO 2020 baru-baru ini.

Ad

Kali terakhir Van Gaal mengendalikan pasukan profesional adalah pada tahun 2016 ketika beliau mengendalikan pasukan Manchester United sebelum beliau ditamatkan kontrak beberapa hari selepas membawa pasukan setan merah itu menjuarai Piala FA.

Ad

Pasukan kebangsaan Belanda dan Louis van Gaal sebelum ini pernah bekerjsama untuk kempen Piala Dunia di Korea Selatan dan Jepun pada tahun 2002.

KNVB berusaha mencari pengganti Frank de Boer secepat mungkin menjelang perlawanan persahabatan menentang Norway pada 1 September ini seperti yang dilaporkan oleh De Telegraaf.

Ad