“Lubnan Akan Balas Dendam Terhadap Tajikistan” – Miodrag Radulovic
MakanBola
FA Malaysia

Ketua jurulatih Lubnan, Miodrag Radulovic mahu anak buahnya memberikan aksi yang terbaik berdepan cabaran Tajikistan dalam aksi separuh akhir Pestabola Merdeka 2024.

Luka lama masih membekas dalam hati Radulovic apabila pasukan kendaliannya tewas 1-2 kepada Tajikistan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Asia Qatar yang lalu.

Ad

Radulovic mahu menjadikan kejohanan Pestabola Merdeka ini sebagai medan untuk menguji muka baharu selain memantapkan taktikal pasukan.

Ad

“Kejohanan untuk bagus untuk semua pasukan terutamanya pasukan saya (Lubnan). Kami akan mencuba beberapa pemain baharu dan mencuba gaya permainan.

“Kami menghormati pasukan Tajikistan, Malaysia dan Filipina. Kami akan memberikan persembahan yang bagus tetapi perlawanan esok juga kami perlu membalas dendam kepada Tajikistan kerana mereka tewaskan kami dalam Piala Asia yang lalu.

“Ketika itu kami bermain bagus tetapi setelah layangan kad merah kami kalah dan tersingkir daripada kejohanan itu.

Ad

“Cabaran yang besar untuk kami pada perlawanan esok untuk membalas kembali kekalahan ditangan Tajikistan. Kami mahu memenangi perlawanan ini.” ujar Radulovic.

Ad

Lubnan akan bertemu Tajikistan pada pukul 4.30 petang esok manakala Malaysia akan berhadapan dengan tentangan Filipina pada 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Lubnan sebelum ini merekodkan dua kekalahan berturut-turut kepada Australia dengan jaringan 2-0 dan 5-0 pada Mac lalu dalam aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026.