Lubnan Tarik Diri, Aksi Lawan Malaysia B-16 Batal
MakanBola
FA Malaysia

Skuad kebangsaan Lubnan telah menarik diri dari kempen Kelayakan Piala Asia B-17 sekaligus menyaksikan pertemuan menentang Malaysia terbatal.

Pasukan bimbingan Javier Ribera kini dalam persiapan ke Laos sejak 7 Oktober lalu apabila menjala latihan kem kebangsaan di Pasir Gudang, Johor.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu telah memanggil seramai 25 orang pemain untuk membantu pasukan muda Malaysia dengan 19 pemain terdiri daripada tonggak Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan juga JDT.

Perkembangan terbaru menyaksikan Lubnan telah menarik diri daripada pusingan kelayakan susulan pergolakan yang berlaku di negara tersebut.

Hal ini menyaksikan terdapat perubahan dalam jadual aksi dengan pertemuan pertama antara Lubnan B-16 dan Malaysia B-16 terpaksa ditangguhkan.

“Selepas Lebanon menarik diri, skuad Harimau Malaya B-16 kendalian Javier Jorda Ribera akan bersaing dengan UAE dan Laos dalam Kumpulan H bagi memburu slot ke pusingan akhir di Arab Saudi, April 2025,” ujar kenyataan FAM.

Malaysia B-16 mengadakan aksi persahabatan menentang Tajikistan di Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah namun berakhir dengan kekalahan 2-1.

Ujian pertama skuad muda negara adalah menentang UAE pada 23 Oktober sebelum menentang tuan rumah, Laos pada 27 Oktober.