Lubnan Tarik Diri Sertai Pestabola Merdeka?
Harimau Malaya
Khairul/MakanBola
Advertisements

Pasukan gergasi Timur Tengah, Lubnan difahamkan akan menarik diri daripada menyertai kejohanan Pestabola Merdeka yang bakal berlangung tidak lama lagi.

Keputusan ini sudah pasti mengejutkan ramai pihak tatkala undian sudah pun dilakukan.

Hal ini juga berkemungkinan akan menyebabkan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terpaksa mengubah format perlawanan Pestabola Merdeka atau perlu segera mencari lawan lain untuk mengisi kekosongan tersebut.

Advertisements

Menurut sumber yang melaporkan kepada Harian Metro, pasukan yang berada pada kedudukan ke-100 dunia itu sudah menyatakan hasrat untuk menarik diri sungguhpun tiada sebarang pengumuman daripada FAM sehingga kini.

“Lubnan sudah menyatakan pendirian untuk menarik diri daripada Pestabola Merdeka walaupun FAM sudah pun melakukan undian bagi perlawanan itu baru-baru ini.”

Advertisements

“Mereka tidak menyatakan secara terperinci memjelaskan sebab penarikan, namun antara punca utama adalah disebabkan diundi dalam Kumpulan sama Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bersama Palestin,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Palestin dan Lubnan diundi dalam Kumpulan l bersama Australia dan sebuah lagi pasukan sama ada Indonesia atau Brunei.

Advertisements

Kejohanan itu yang akan berlangsung dari 13 hingga 17 Oktober ini bakal menjadi medan ujian terbaik buat anak buah Kim Pan-gon untuk mengatur strategi menjelang Piala Asia di Qatar tahun depan.

Malaysia pula diundi berdepan India yang juga memiliki kekuatan yang baik untuk dilihat oleh Pan-gon.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram