Lubnan Tersepit Diikat Skuad Muda Kemboja
MakanBola
Lebanon Football Association
Sponsors

Skuad B-23 Kemboja mencipta kejutan dalam aksi pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024 dengan mengikat pasukan Timur Tengah, Lubnan 2-2 dalam aksi pertama Kumpulan J.

Walaupun tidak lama dibimbing oleh jurulatih baru dari Jepun, Koji Gyotoku, Angkor Warriors kelihatan serasi dan tidak tergugat dengan status Lubnan sebagai pasukan pilihan.

Ad

Biarpun ketinggalan menerusi gol awal Muhammad Nasser pada minit ketujuh, pasukan pelawat memastikan kedudukan terikat 1-1 menjelang rehat separuh masa.

Ad

Babak kedua menyaksikan Lubnan pula ketinggalan apabila Sor Rotana meletakkan Kemboja di hadapan pada minit ke-66. Lapan minit kemudian, Karim Mikawi pastikan satu mata diraih kedua-dua pasukan.

Keputusan ini menyaksikan Lubnan dan Kemboja meraih satu mata dalam Kumpulan J. Kedudukan pendahulu dijangka berubah sekiranya Arab Saudi berjaya mengalahkan Mongolia dalam satu lagi aksi kumpulan.

Ad

Pencapaian Angkor Warriors ini membuktikan apa yang mereka capai dalam Piala AFF B-23 2023 baru-baru ini bukan omong kosong. Malah, ini juga dilihat sebagai amaran kepada pasukan-pasukan serantau lain termasuk Malaysia agar tidak memandang rendah cabaran Kemboja selepas ini.

Ad