Luca Loutenbach Secara Rasminya Menjadi “Meme” Dan Ditawarkan Tiket Dan Percutian Percuma
MakanBola
Sponsors

Wajah penuh perasaan, putus asa dan akhirnya gembira. Begitulah apa yang terjadi kepada seorang penyokong Switzerland yang gambarnya tular di sosial media.

Keadaan yang menggamit dan penuh emosi seorang penyokong sejati ini menarik minat banyak pihak yang mencari lelaki bernama Luca Loutenbach.

Ad

Luca akhirnya ditawarkan tiket percuma untuk perlawanan suku akhir Switzerland menentang Perancis dan beliau juga diberikan air tenaga dan percutian percuma ke mana-mana sahaja yang beliau inginkan selepas tamat EURO 2020.

Ad

Luca Loutenbach turut mengubah bio akaun Twitternya dengan penerangan bahawa dirinya merupakan meme rasmi Nati sejak 28 Jun 2021.

Ad

Selain gambar, situasi Luca juga dirakam sebagai Video oleh pihak TUDN dan kini ianya menjadikan Luca sebagai penyokong bola sepak Switzerland paling popular di EURO 2020!

Ad