Luis Suarez & Lionel Messi Kembali Bersatu
MakanBola
FC Barcelona
Sponsors

Penyerang legenda Uruguay, Luis Suarez bakal kembali bergandingan dengan rakan baiknya yang juga legenda Argentina, Lionel Messi.

Wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano mendedahkan bekas penyerang Gremio itu menyertai Messi di Inter Miami dengan kontrak setahun.

Ad

Sekiranya kempen Suarez berjalan lancar dalam saingan Major League Soccer (MLS) pada musim hadapan, The Herons boleh mengaktifkan klausa lanjutan kontrak selama setahun.

Ad

Selain Messi, penyerang Uruguay itu juga bakal kembali bekerjasama dengan dua rakan sepasukan lama di Nou Camp, Sergio Busquets dan Jordi Alba.

Ad

Suarez menamatkan kempen di Brasileiro Serie A musim lepas bersama Gremio dengan 33 penampilan, 17 gol dan 11 bantuan gol.

Ad

Ini berita baik buat The Herons di mana mereka hanya menjaringkan 41 gol dalam saingan Eastern Conference MLS pada musim lepas.

Ad

Ketika ini, Inter Miami memiliki Messi, Robert Taylor, Leonardo Campana, Robbie Robinson, Corentin Jean dan Nicolas Stefanelli sebagai pilihan di bahagian serangan.