Disebalik perangainya yang suka menggigit orang, Luis Suareznya sebenarnya juga gemar menggigit makanan.

Jika anda pernah mendengar istilah ASMR, netizen menyifatkan beliau sebagai pakar ASMR terbaik dengan aksinya yang sangat semulajadi.
Bunyi krup-krup gigitan makanan dan komen ikhlasnya terhadap setiap juadah mencuit hati rakyat Malaysia.
Luiz Suarez dalam satu video milik Malaysia Truly Asia yang telah dilihat lebih 2 juta kali ini melakukan ASMR makanan-makanan Malaysia.
Adakah beliau menyukai nya?
Roti Canai

“Ini sangat sedap. Saya suka sup ayamnya.”
Suarez sebenarnya gagal membezakan sup dan kuah kari. Tidak mengapa, asalkan beliau dapat menggigit, ianya terapi yang baik.
Satay

Ketika diberikan satay ayam, Suarez berkata “Sangat sedap! Bolehkah saya dapatkannya lagi?”
“Saya tidak boleh makan lebih?” jelas Suarez sambil meneruskan makan satay. Suarez jelas jatuh cinta dengan satay.
Char Kway Teow
Boleh jadi rasa Char Kway Teow ini benar-benar memikat Suarez. Beliau ingin memakannya sebagai makanan harian. Mungkin kerana rasanya hampir sama dengan makanan di negaranya.
Nasi Lemak

Ketika diberikan Nasi Lemak, seperti yang rakyat Malaysia boleh jangkakan, beliau sangat menggemarinya.
Suarez berkata “Ini makanan paling sempurna. Ada sayur, ayam , telur, ikan dan nasi.”
“Sangat sedap.”
Suarez Tidak Mampu Dengan Makanan Pedas
Ketika diberikan popiah, Suarez nyata terbahak-bahak seperti orang batuk.
“Uhuk-uhuk, pedas.”
“Saya tidak mampu bercakap.”
Lihat sksi Luiz Suarez berASMR Dengan makanan-makanan Malaysia: