Luqman Hakim Bakal Ke Jepun?
Transfer
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang muda kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin akan terus berkelana di luar negara apabila beliau kini dikaitkan dengan sebuah kelab yang berpangkalan di Liga Jepun.

Pemain berusia 21 tahun ini difahamkan akan menyertai pasukan yang beraksi di saingan J3 League dengan status sebagai pemain pinjaman. Luqman akan memulakan kempen pra-musim bersama pasukan tersebut bermula hujung Januari ini dan tempoh pinjaman beliau hingga Disember 2024.

Menurut perkongsian daripada laman SinarDaily, sebuah kelab di J2 League turut menyatakan hasrat untuk membawa masuk Luqman namun graduan Akademi Mokhtar Dahari itu memilih untuk beraksi di J3 League untuk meraih minit permainan.

Advertisements

Beberapa pasukan di saingan Liga Super turut berminat untuk mendapatkan Luqman. Difahamkan pasukan Selangor, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan antara kelab yang mahu penyerang berbakat itu kembali ke kancah Liga Malaysia.

Untuk rekod, Luqman masih memiliki baki kontrak bersama kelab di Liga Belgium, KV Kortrjik sehingga Jun 2025.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram