Luqman Hakim Ketuai Persiapan Malaysia B-23 Ke Piala Asia
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin mengetuai senarai 24 pemain Malaysia yang dipanggil ke kem latihan kebangsaan b-23.

Pasukan yang kini dibimbing oleh pengendali baharu, Juan Torres Garrido sedang melakukan persiapan terbaik dengan kem latihan pusat bermula 13 hingga 21 November 2023 sebagai persiapan menjelang kempen Piala Asia B-23 2024.

Kejohanan yang berlangsung pada April depan itu merupakan ujian getir buat Malaysia dalam misi melakukan yang terbaik selepas mengharungi kempen yang kurang baik sebelum ini.

Advertisements

Menerusi satu pengumuman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), senarai ini menyaksikan 17 daripada 23 pemain skuad Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand pada 6 hingga 12 September lalu telah dikekalkan.

Selain itu, terdapat lima muka baharu yang dipanggil kali ini adalah Daryl Sham K. K. George, Muhammad Firdaus Ramli, Muhammad Aiman Khairul Yusni, Muhammad Firdaus Ahmad Fuad dan Adam Farhan Mohd Faizal serta dua pemain daripada senarai ke Kejuaraan B-23 AFF 2023 iaitu Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri dan Muhammad Abu Khalil.

Advertisements

Antara watak penting yang kekal mendapat tempat ialah pertahanan kental, Harith Haiqal, Zikri Khalili, penjaga gol, Rahadiazli dan Azim Al-Amin serta penyerang negara iaitu Fergus Tierney, Haqimi Azim dan Luqman Hakim.

Persiapan ini juga penting buat Malaysia dengan kem latihan pusat selama kira-kira 8 hari bakal memberi motivasi tambahan kepada para pemain.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram