Luqman Hakim & Nooa Laine Ketuai Skuad Berbakat Malaysia Ke Kelayakan Piala Asia B-23
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Senarai 25 orang pemain yang bakal mengetuai cabaran negara di Kelayakan Piala Asia B-23 di Thailand sudah pun terjawab.

Menerusi satu pengumuman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), seramai 25 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih B-23 kebangsaan, E. Elavarasan bagi menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-23.

Kem latihan yang bermula Rabu, 30 Ogos 2023 dilaksanakan sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand bermula 6 hingga 12 September 2023.

Advertisements

Berdasarkan barisan pemain yang diumumkan, Elavarasan telah mengekalkan 14 daripada 23 pemain skuad Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Rayong, Thailand pada 17 hingga 26 Ogos lalu.

Beberapa pemain yang menyerlah seperti Hariz Mansor, M. Rakesh, Saiful Jamaluddin dan penjaring terbanyak kejohanan, Alif Ikmalrizal Anuar mendapat peluang kali ini.

Advertisements

Sementara baki 11 pemain lain yang dipanggil kali ini terdiri daripada sembilan pemain dari skuad Sukan SEA 2023 yang tidak berada dalam senarai ke Kejuaraan B-23 AFF 2023 iaitu Mukhairi Ajmal Mahadi, Harith Haiqal Adam Afkar, Ahmad Zikri Khalili, Azam Azmi Murad, Safwan Mazlan, T. Saravanan, Haqimi Azim Rosli, Azrin Afiq Rusmini dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Panggilan yang ditunggu-tunggu adalah kelibat dua pemain berpangkalan di luar negara iaitu Luqman Hakim Shamsudin dan Nooa Laine.

Advertisements

Bagi saingan Kumpulan H pada Kelayakan Piala Asia B-23 2024 itu, Malaysia akan berdepan Bangladesh pada Rabu, 6 September 2023, Filipina pada Sabtu, 9 September 2023 dan tuan rumah, Thailand pada Selasa, 12 September 2023, dengan ketiga-tiga perlawanan berlangsung di Stadium Chonburi.

Seterusnya, 16 pasukan terdiri daripada 11 pasukan juara kumpulan dalam saingan kelayakan (Kumpulan A hingga K) bersama-sama empat pasukan tempat kedua kumpulan terbaik dan tuan rumah, Qatar akan layak beraksi di Piala Asia B-23 2024 yang akan berlangsung di Qatar, tahun depan.

Advertisements

Malaysia sudah pasti meletakkan sasaran yanh cukup tinggi selepas dikecewakan oleh Thailand dalam penentuan tempat ke-3 di Piala AFF U23 tempoh hari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram