Selain hebat di padang, Luqman Hakim juga hebat menyanyi. Tular rakaman lama dipercayai sewaktu kem kebangsaan berada di UAE.
“Kita nyanyi ramai-ramai ae. Maaf kawan-kawanku.”
Rata-rata mendakwa, suara Luqman lunak kerana beliau orang Kelantan disamping suaranya berbunyi seperti orang dulu-dulu.
Selain itu ada yang mendakwa, kesemua pemain dalam kem negara masuk air.
“Kita boleh buat konklusi bahawa kem negara ini semuanya masuk air”, jelas Taufik Boy Tibe di akaun Instagram KV Kortrijk Malaysia Fan.
Luqman Hakim kini beraksi bersama pasukan Belgium, KV Kortrijk yang beraksi di Liga Pro Belgium.