Luqman Hakim Tiada Masalah Berlatih Dalam ‘Peti Ais’
MakanBola
Njardvik
Sponsors

Walaupun berdepan dengan cuacu sejuk yang amat dahsyat di Iceland, itu bukanlah masalah besar buat pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin untuk turun menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukannya yang lain.

Luqman baru sahaja menyertai pasukan Njardvik secara pinjaman dari kelabnya di Belgium, KV Kortrijk dan beliau tidak perlu menunggu lama untuk turut serta dalam sesi latihan yang dilihat sangat mencabar buat pemain baharu seperti beliau.

Ad

Ini kerana keadaan di Iceland kini difahamkan menjangkau -4 darjah celcius. Keadaan sejuk luar biasa itu boleh diibaratkan seperti Luqman sedang berlatih di dalam ‘peti ais’.

Ad

Video latihan pertama Luqman bersama Njardvik telah dikongsikan oleh pihak Njardvik sendiri di laman twitter rasmi kelab tersebut. Video tersebut telah menyaksikan bagaimana dugaan Luqman yang terpaksa berlatih di dalam keadaan angin kencang yang mempunyai kesejukan luar biasa.

Dengan semangat pahlawan dimiliki Luqman sudah pasti segala cabaran dan dugaan akan ditempuhinya demi mendapatkan minit permainan bagi menaikkan semula kariernya di benua eropah. Apatah lagi tahun 2023 ini merupakan tahun ketiga beliau di eropah.

Ad