LWN 2023: Selangor Tewas Lagi Kepada ‘Mahasiswa’
UltraSukan
FA Malaysia
Sponsors

Skuad bola sepak wanita Selangor FC sekali lagi dirundung kekalahan apabila tewas kepada Malaysian University dalam aksi tertunda Liga Wanita Nasional (LWN) 2023.

Selepas tunduk 1-0 kepada LMS Tigress pada Ahad lepas, Merah Kuning memerlukan kemenangan agar tidak terperosok ke tangga tercorot.

Ad

Manakala Malaysian University pula mahu menyamakan mata dengan Kelana United yang menduduki tangga ketiga LWN dengan 10 mata.

Ad

Malangnya, The Red Giants ketinggalan pada minit ke-12 menerusi Fatin Shahida Azmi. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Malaysian University terus meningkatkan asakan bagi memburu gol kedua.

Ad

Begitupun, mereka perlu menunggu sehingga minit ke-90 menerusi penalti Alleyshiela Jemin. Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Ad

Keputusan ini membolehkan mereka memiliki mata sama dengan Kelana United iaitu 10 mata dalam saingan liga.