Advertising
LWN Bantu Soleen Al-Zoubi Bentuk Falsafah Permainan Malayan Tigress
UltraSukan
FA Malaysia

Pengendali Malayan Tigress, Soleen Al-Zoubi cukup tertarik dengan impak besar yang dibawa Liga Wanita Nasional (LWN).

Liga yang kini memasuki musim keempat itu menyaksikan lebih ramai pemain berpotensi diketengahkan. Ini sekaligus menambah bilangan pemain yang dipanggil menyertai skuad bola sepak wanita Malaysia.

Ad

Soleen melihat kehadiran ramai pemain baru ini amat membantu beliau membentuk falsafah permainan Malayan Tigress.

Ad

Ini kerana ini dapat membantu beliau membentuk satu skuad yang mantap bagi menghadapi cabaran di peringkat antarabangsa.

“Matlamat kami adalah mahu menghubungkan falsafah pasukan kebangsaan selari dengan kelab dalam liga. Kita mahu membina identiti buat pasukan kebangsaan.

Ad

“Saya mahu melihat satu sistem organisasi yang lebih baik setiap tahun. Pasukan juga mahu melihat pemain yang mewakili skuad kebangsaan memiliki pemikiran yang lebih matang.

Ad

“Skuad wanita Malaysia memerlukan pemain-pemain yang mempunyai mentaliti bersaing pada peringkat antarabangsa yang lebih kompetitif,” jelasnya.

Ad

Falsafah ini bakal menjadi fokus Soleen lebih-lebih lagi menjelang kempen Sukan SEA 2025 yang akan berlangsung pada akhir tahun ini.