Maaf, Ronaldo Yang Sebenar Ada Di Indonesia
Dunia
galeri sepakbola nasional
Advertisements

Pemain muda Timnas Indonesia, Ronaldo Kwateh Joybera membuktikan kemampuanya selepas berjaya menjaringkan gol tunggal buat Indonesia bagi aksi pertemuan pingat gangsa menentang Malaysia.

Pemain berusia 17 tahun ini terus menghantui barisan pertahanan Malaysia dengan gerakan serta larian yang menarik dipamerkan sepanjang permainan sekaligus berjaya membawa Indonesia memenangi pingat gangsa dengan penentuan sepakan penalti.

Untuk pengetahuan, ayah kepada Ronaldo merupakan keturunan dari Liberia. Akan tetapi, pemain berusia 17 tahun itu dilahirkan di Yogyakarta dan dibesarkan di sana, jadi beliau bukanlah pemain naturalisasi seperti yang digembar-gemburkan.

Advertisements

Pemain kelahiran Yogjakarta ini beraksi bersama Madura United dan merupakan pemain termuda yang beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia pada usia 17 tahun.

https://twitter.com/ligaindonesia45/status/1528322995122753537?s=21&t=lRHNKfi98sSiHd5kjrQeeg

Ianya satu pengalaman berharga buat pemain muda ini beraksi di Sukan Sea untuk terus menjadi peledak di masa hadapan buat Timnas Indonesia. Ternyata pemain ini mampu menjadi Ronaldo yang sebenar suatu hari nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram