Macam Main Atas Bendang, Perlawanan Venezuela vs Argentina Terganggu
MakanBola
Seleccion Argentina
Sponsors

Aksi tumpuan Venezuela vs Argentina sedikit terganggu dengan keadaan padang yang dipenuhi takungan air seakan bermain di atas bendang.

Argentina hadir ke laman Venezuela dengan misi besar untuk bangkit mencatat kemenangan setelah tumpas 1-2 di tangan Colombia sebelum ini selain mengukuhkan tempat di tangga teratas.

Ad
Sponsors

Walau bagaimanapun, hasrat Juara Piala Dunia 2022 ini tidak kesampaian apabila dihalang oleh Venezuela dengan kedua-dua pasukan terikat seri sehingga tamat 90 minit permainan.

Ad

Meski Argentina bermula baik dengan mendahului di minit ke-13 menerusi Nicolas Otamendi namun Solomon Rondon muncul wira Venezuela dengan jaringan penyamaan di babak kedua.

Di sebalik keputusan seri ini, keadaan padang di Monumental de Maturin telah mendapat kritikan hebat orang ramai kerana dipenuhi takungan air yang menyebabkan perlawanan sedikit terganggu.

Ad

Bagi jurulatih Argentina, Lionel Scaloni, keadaan padang sebegini tidak sepatutnya dimainkan untuk aksi penting ini dan memuji usaha keras pemainnya yang tetap menurut pelan seperti yang dirancang.

Ad

”Adalah jelas bahawa keadaan tidak sesuai untuk ditonton, ia tidak mungkin dapat dimainkan,” komen Scaloni pada sidang media selepas perlawanan.

“Kami mempunyai beberapa peluang yang jelas, mereka mencuba banyak dari luar kawasan dan bermain hantaran jauh, seperti yang sepatutnya.”

Nada sama diluahkan pemain Argentina, Rodrigo De Paul yang merasakan padang yang terbaik adalah ketika mana bola mampu untuk digerakkan dan sudah memberikan yang terbaik.

“Kami mengikut arahan dan melakukan apa yang disuruh. Bagi kami, keadaan terbaik untuk bermain adalah di padang yang bagus, di mana bola boleh digerakkan,” kata De Paul.

Keputusan seri ini tidak mengubah kedudukan Argentina di tangga teratas Kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan manakala Venezuela pula berada di tempat ketujuh.