Advertisements
Magis 3 Pertukaran Serentak Pau Marti
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Tiga pertukaran serentak yang dilakukan pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente pada aksi persahabatan antara Malaysia dan Laos malam semalam telah membuahkan hasil.

Kemasukan Daniel Ting, Stuart Wilkin dan Fergus Tierney selepas digantikan dengan Adib Raop, Paulo Josue dan Safawi Rasid telah memberikan kemenangan bergaya buat Malaysia.

Gandingan dua pemain dari pasukan Sabah iaitu Daniel Ting dan Stuart Wilkin turut memberikan gol kedua buat Malaysia apabila lorongan dari Daniel Ting telah memaksa pertahanan Laos mengasari Stuart Wilkin di kawasan kotak penalti.

Stuart Wilkin tenang mengambil sepakan penalti untuk menewaskan penjaga gol Laos, Keo Souvannasangsgo.

Pada minit ke-83 giliran pemain gantian yang lain iaitu Sergio Aguero pula mencatat nama sebagai penjaring. Gol yang dihasilkan Aguero juga menerusi sepakan penalti selepas beliau dijatuhkan pertahanan Laos di dalam kawasan penalti.

Impak segera pemain gantian yang dibawa masuk Pau Marti telah memberi nafas baharu buat Harimau Malaya pada babak kedua permainan untuk mendapatkan gol setelah terikat 1-1 di separuh masa pertama.

Harimau Malaya menang mengatasi Laos 3-1 dan bakal berdepan India dalam satu lagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Hyderabad pada Isnin, 18 November 2024.