Magis Hector Hevel Bantu Portimonense Ikat Tondela
MakanBola
Portimonense SC
Sponsors

Pemain tengah Harimau Malaya, Hector Hevel membantu Portimonense kekal tanpa kalah apabila seri 2-2 dengan Tondela.

Selepas meraih kemenangan ke atas Chaves, anak buah Ricardo Pessoa mahu meneruskan rentak cemerlang dengan menjadikan Tondela mangsa seterusnya.

Ad

Meskipun begitu, Tondela terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-23 menerusi Miro. Alvinegros menyamakan kedudukan seminit selepas babak kedua bersambung menerusi Paulo Vitor.

Ad

Hevel kemudiannya mencipta hantaran yang mudah disempurnakan Camilo Andres Duran Marquez pada minit ke-72.

Tondela memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata menerusi jaringan penyamaan Moudja Sie Ouattara. Pelawat turut dipaksa bermain dengan 10 pemain apabila Gabriel Souza menerima kad merah pada minit akhir perlawanan.

Ad

Keputusan ini menyaksikan Portimonense menduduki tangga ke-14 dengan 34 mata, empat mata di hadapan Pacos de Ferreira.

Ad

Hevel sudah mencipta dua bantuan gol dalam 10 penampilan bersama Alvinegros selepas menyertai kelab itu pada Februari lalu. Selepas ini, Portimonense akan menentang Academico de Viseu pada 3 Mei.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments