Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong kini meraih pujian penyokong bola sepak Indonesia apabila berjaya membimbing Indonesia layak ke 3 kejohanan berbeza Piala Asia iaitu Piala Asia 2023, Piala Asia B-20 2023 dan Piala Asia B-23 2024.
Pengendali berusia 52 tahun itu menyertai pasukan Indonesia pada Disember 2019 dan membimbing Indonesia dari kedudukan 173 dunia hingga ke-147 dunia ketika ini.
Shin Tae-yong sebelum ini membawa pasukan bawah 20 tahun Indonesia layak ke Piala Asia B-20 2023 setelah menewaskan Timor Leste dan Hong Kong. Namun Indonesia tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan apabila meraih 1 menang (Syria), 1 seri (Uzbekistan) dan 1 kekalahan (Iraq).
Shin Tae-yong turut berjaya membawa skuad senior Indonesia ke Piala Asia 2023 setelah 15 tahun. Indonesia berada dalam kumpulan D bersama-sama pasukan Jepun, Iraq dan Vietnam.
Terbaru, jurulatih kelahiran Korea Selatan ini sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila membimbing skuad bawah 23 tahun Indonesia untuk layak ke Piala Asia B-23 2024.
Indonesia menewaskan Taiwan 9-0 dan Turkmenistan 2-0 untuk menjadi juara kumpulan K dan melayakkan diri secara automatik ke Piala Asia B-23 2024.
Prestasi cemerlang pasukan bola sepak Indonesia menyaksikan para penyokong Indonesia kini gembira dengan keupayaan Shin Tae-yong.
Putrowayah – “Masterclass Shin Tae-yong.”.
Sukarmen Taloko – ” Saya yakin skuad Indonesia U-23 sekarang ini, pasukan manapun bisa diatasi untuk tahap asia. Hidup STY.”.
Alung KZ – “Ahli magis sebenar! Shin Tae-yong apresiasi sebesar-besarnya.”.
Ahmad Geni Saputra – “Dia layak dilanjutkan kontrak!”.