Mahali Jasuli Semakin Hampir Untuk Ke Selatan
MakanBola
JST
Sponsors

Pemain Petaling Jaya City FC (PJ City), Mahali Jasuli bukanlah nama yang asing dalam arena bola sepak Malaysia. Beliau pernah menyarung jersi Selangor, Johor Darul Ta’zim (JDT), PKNS dan untuk musim 2022 beliau beraksi untuk PJ City.

Memandangkan kelab tersebut dikatakan tidak akan mengambil bahagian dalam Liga Super 2023, kebanyakan pemain pasukan tersebut kini menjadi rebutan pasukan-pasukan untuk dibawa masuk untuk menguatkan lagi skuad masing-masing.

Ad
Sponsors

Menurut wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, beliau berkongsikan mengenai hala tuju bekas pemain Harimau Malaya itu yang difahamkan akan berhijrah ke sebuah pasukan dari selatan tanah air iaitu Negeri Sembilan FC.

Ad

Mahali memberitahu Astro Arena bahawa buat masa ini terdapat dua pasukan yang mengemukakan tawaran kepada beliau namun beliau masih belum lagi membuat keputusan pasukan manakah yang akan beliau wakili untuk musim hadapan.

Ad

Untuk rekod, Mahali merupakan seorang anggota pasukan Harimau Malaya yang berjaya menjulang Piala AFF pada edisi 2010 yang mana Malaysia berjaya menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2.

Ad

Bersama PJ City musim ini, Mahali telah beraksi dalam 25 perlawanan dan mengumpul 1407 minit permainan. Prestasi baik Mahali bersama PJ City musim ini disulami dengan dua jaringan dan enam bantuan gol.

Ad