Ads
EPL
Premier League

Majoriti kelab yang bertanding dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini ditaja oleh syarikat perjudian antarabangsa.

Advertisements

Perkara itu dikongsikan oleh laman jersi terkemuka di England, Classic Football Shirts di laman X.

Advertisements

Menerusi foto yang dikongsikan, sebanyak 55 peratus penajaan jersi daripada syarikat perjudian dikesan di saingan EPL musim 2024/2025.

Advertisements

Advertisements

Peratusan itu dipercayai kerana penajaan jersi daripada syarikat perjudian bakal diharamkan bermula saingan musim 2025/2026 dan kelab-kelab EPL menggunakan peluang terakhir mereka menggunakan syarikat perjudian sebagai penaja jersi.

“Berita keluar tahun lepas bahawa menjelang akhir 2025/26, penaja perjudian akan diharamkan sebagai penaja depan baju.

Advertisements

“Nampaknya kelab-kelab itu kini telah menggunakan sepenuhnya tarikh akhir ini kerana peratusan penaja perjudian dari 2023/24 hingga 2024/25 telah meningkat daripada 35% kepada 55% dengan 11 daripada 20 kelab menampilkan penaja perjudian,” umum Classic Football Shirts di laman X.

Dalam pada itu, tokoh kewangan islam Malaysia, Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman menggesa umat islam supaya tidak memakai jersi yang tertera penajaan daripada syarikat perjudian.

“Lihat betapa untungnya syarikat judi dengan industri bolasepak EPL, hingga berebut-rebut menjadi penaja besar kelab-kelab di sana.

“Justeru kepada para peminat EPL, jika pada baju jersi pasukan itu terpapar logo syarikat judi, bank riba dan lain-lain yang haram di sisi hukum Islam, maka memakai dan menggayakan baju tersebut di khalayak juga turut jatuh dalam dianggap membantu dan subahat dalam perkara dosa dan yang haram sebagaimana telah ditegah oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dan juga disebut lagi di dalam hadis tegahan bersubahat dengan yang haram,” kongsi Ustaz Zaharuddin Facebook beliau.

Advertisements

Selain syarikat perjudian yang menguasai 55 peratus penajaan di EPL, 15 peratus penajaan hadir daripada institusi kewangan, 10 peratus dari syarikat penerbangan, 5 peratus untuk teknologi, 5 peratus lagi untuk hospitaliti, 5 peratus tajaan daripada pemuzik dan Chelsea satu-satunya kelab yang tiada penaja jersi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram