Keupayaan Jepun menewaskan Jerman dan Turkiye menyaksikan peningkatan kualiti para pemain Jepun. Malah majoriti pemain Jepun iaitu 21 daripada 26 pemain kini bermain di kelab Eropah dengan usia pemain Samurai Biru antara 22 tahun – 32 tahun.

Berikut merupakan 21 pemain yang kini sedang bermain untuk kelab-kelab di eropah:
1. Kaoru Mitoma (Brighton)
Mitoma mula menyerlah bersama Brighton pada musim lalu. Pemain sayap kiri ini merupakan produk Kawasaki Frontale sebelum menyertai Brighton pada Ogos 2021.
2. Daichi Kamada (Lazio)
Pemain baharu Lazio ini dahulu bermain untuk Eintracht Frankfurt. Kamada menyertai Frankfurt sejak tahun 2017 daripada kelab Jepun, Sagan Tosu. Kamada bermain untuk 179 perlawanan dan telah menjaringkan 40 gol dan 33 bantuan jaringan sepanjang 4 musim di Frankfurt.
3. Takehiro Tomiyasu (Arsenal)
Tomiyasu menyertai Arsenal pada Ogos 2021 dan menjadi pemain penting Arteta di bahagian pertahanan kanan. Tomiyasu mula berhijrah ke eropah pada tahun 2018 untuk kelab Belgium, Sint-Truiden.
4. Takefusa Kubo (Real Sociedad)
Kubo merupakan produk La Masia dan namanya melonjak naik sejak menyertai Real Madrid pada tahun 2019. Beliau kini bermain untuk Real Sociedad dan telah menjaringkan 3 gol dan 1 bantuan gol untuk musim ini.
5. Ritsu Doan (SC Freiburg)
Pemain sayap kanan ini bermain di eropah sejak tahun 2019 ketika menyertai Groningen dari Gamba Osaka. Doan kini bermain untuk Freiburg dan menyumbang 7 gol dan 7 bantuan gol setakat ini.
6. Kyogo Furuhashi (Celtic)
Penyerang Jepun ini berhijrah ke Celtic pada tahun 2021 dan telah merekodkan 57 gol dan 11 bantuan gol sepanjang 88 perlawanan untuk Celtic.
7. Ko Itakura (Borussia Monchengladbach)
Ko Itakura merupakan produk akademi Kawasaki Frontale sebelum berpindah ke Manchester City pada tahun 2019. Kemudian pertahanan tengah ini dipinjamkan ke Groningen dan Schalke 04 sebelum menyertai Monchengladbach secara tetap pada musim lalu.
8. Hidemasa Morita (Sporting Lisbon)
Pemain tengah berusia 28 tahun ini berpindah ke kelab Portugal pada tahun 2021. Morita bermain untuk Santa Clara sebelum menyertai Sporting Lisbon pada tahun 2022 sehingga kini.
9. Hiroki Ito (Stuttgart)
Pemain pertahanan tengah ini menyertai kelab Jerman pada tahun 2021 yang lalu. Hiroki Ito memulakan musim dengan baik apabila telah merekodkan 2 bantuan jaringan dalam 3 penampilan.
10. Wataru Endo (Liverpool)
Kapten Jepun, Wataru Endo baharu sahaja menyertai Liverpool dari kelab Stuttgart. Namun Endo telahpun bermain di eropah sejak tahun 2018 untuk kelab Sint-Truiden sebelum ke Stuttgart pada tahun seterusnya.
11. Junya Ito (Stade Reims) – 30 tahun (penyerang)
12. Keito Nakamura (Stade Reims) – 23 tahun (sayap kiri)
13.Yukinari Sugawara (AZ Alkmaar) – 23 tahun (pertahanan kanan)
14. Daizen Maeda (Celtic) – 25 tahun (sayap kiri)
15. Ayase Ueda (Feyenoord) – 25 tahun (penyerang)
16. Takuma Asano (Bochum) – 28 tahun (sayap kanan)
17. Ao Tanaka (Fortuna Dusseldorf) – 25 tahun (pemain tengah)
18. Koki Machida (Union SG) – 26 tahun (pertahanan tengah)
19. Daiki Hashioka (Sint Truiden) – 24 tahun (pertahanan kanan)
20. Daniel Schmidt (Sint Truiden) – 31 tahun (penjaga gol)
21. Kosuke Nakamure (Portimonense) – 28 tahun (penjaga gol)
4 lagi pemain Jepun bermain di liga utama Jepun iaitu Keisuke Osako (Sanfrecce Hiroshima), Atsuki Ito (Urawa Reds), Seiya Maikuma (Cerezo Osaka), Ryoya Morishita (Nagoya Grampus) manakala seorang lagi bermain untuk kelab Qatar, Al-Rayyan iaitu Shogo Taniguchi.