Platform MakanBola kini boleh diikuti di aplikasi Daun, aplikasi media sosial seakan-akan aplikasi X ciptaan rakyat Malaysia dari Amanz.
Melalui Daun, anda akan mendapati antaramukanya tidak kelihatan janggal kerana banyak menggunakan rekaan yang sudah biasa dilihat, terutamanya di web.
Di aplikasi mudah alih, Daun menampilkan bar kawalan terapung yang moden dan kemas. Menariknya, Daun menggunakan istilah berkaitan tumbuh-tumbuhan, seperti Dedaun untuk merujuk kepada akaun-akaun yang anda ikuti, dan Pokok untuk kumpulan akaun daripada pelbagai pengguna lain.
Daun juga menawarkan segmen khas untuk berita, yang hanya memaparkan kandungan daripada sumber-sumber sahih seperti MakanBola, Sukanz, Tajria, Aksiz, dan banyak lagi yang bakal ditambah pada masa hadapan. Segmen ini memastikan pengguna mendapat maklumat yang tepat dan boleh dipercayai.
Selain itu, Daun memudahkan pengguna mencari semula kandungan yang pernah dikongsi di platform tersebut. Ciri ini sangat berguna untuk menelusuri perbincangan atau maklumat lama dengan cepat dan efisien.
Jika anda menjumpai kandungan yang menarik, Daun turut menyediakan fungsi Penanda. Dengan ciri ini, anda boleh menyimpan perkongsian tersebut untuk rujukan semula pada bila-bila masa.
Anda boleh mengikuti akaun Daun MakanBola dan terima kemas kini masa-nyata berita bola sepak Malaysia.