MakanBola Lancar Segmen Baru: MakanBola United
MakanBola
Manchester United

MakanBola hari ini memperkenalkan segmen baru yang diberi nama MakanBola United yang mengkhususkan isi kandungan khusus untuk penggemar Manchester United di Malaysia.

Setelah terseksa dengan prestasi teruk sejak sekian lama, kebangkitan era baru Manchester United di bawah kepimpinan Ruud van Nistelrooy dan kini di bawah Ruben Amorim, segmen baru ini akhirnya diperkenalkan.

Ad

“Kami sudah lama terseksa dengan prestasi teruk di bawah kendalian pengendali sebelum ini, Eric ten Hag. Selepas pemergiannya, barulah United beraksi seperti yang sepatutnya.”

Ad

“Kini 4 perlawanan awal tanpa ten Hag, kita beraksi luar biasa dan ini membangkitkan semangat saya dan editor lain yang menyokong Manchester United.”

“Untuk menzahirkan kegembiraan yang luar biasa ini, akhirnya kami melancarkan segmen baru ini agar penggemar Manchester United di Malaysia dapat mengikuti perkembangan kelab dalam Bahasa Malaysia,” jelas Syafiq Freman, salah seorang penulis MakanBola.

Ad

MakanBola United tersedia di platform berikut:
Facebook
Instagram
Telegram
X

Ad

Terima kasih.

Ad