Maksud Pemain Jerman Bukan Sebab Bau ‘Jari Campur Telur’ Tapi Ini Sebabnya
MakanBola
@DFB_Team_EN
Sponsors

Tular di media sosial berkenaan gambar skuad Jerman sebelum sepak mula menentang Jepun seolah-olah melambangkan ‘perangai’ bekas pengendali skuad kebangsaan Jerman, Joachim Löw yang gemar bermain dengan telurnya di stadium.

Namun sebenarnya ia memberi maksud yang berbeza buat para pemain Jerman yang sebenarnya sedang melakukan protes terhadap penganjur Piala Dunia 2022, Qatar.

Ad
Sponsors

Para pemain Jerman sebenarnya menzahirkan protes kepada FIFA kerana menghalang kesemua pasukan memakai lilitan lengan pelangi yang sebelum ini aktif diamalkan di Eropah.

Ad

Lilitan pelangi tersebut melambangkan tanda hormat warga Eropah terhadap hubungan ‘sejenis’ yang tidak diamalkan secara terbuka di kebanyakan negara Asia.

Ad

“Ia bukan tentang membuat kenyataan politik – hak asasi manusia tidak boleh dirunding,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di akaun Twitter rasminya.

Ad

“Menafikan kami lilitan adalah sama seperti menafikan hak bersuara kami.”

Ad

Jerman adalah sebahagian daripada kumpulan 7 negara Eropah, termasuk Wales, England, Belgium, Denmark, Switzerland dan Belanda yang berundur daripada rancangan untuk memakai lilitan pelangi kerana takut dihukum.

“Kami tidak boleh meletakkan pemain kami pada kedudukan di mana mereka boleh menghadapi sekatan sukan termasuk pergantungan, jadi kami telah meminta kapten supaya tidak memakai lilitan tangan dalam perlawanan Piala Dunia FIFA,” tulis badan bola sepak Jerman tersebut.

Dalam perlawanan Piala Dunia Kumpulan E di Stadium Antarabangsa Khalifa, Jepun mengejutkan juara 4 kali Piala Dunia, Jerman dengan kemenangan 2-1.