“Malaysia Akan Tempang Tanpa Arif Aiman & Faisal Halim” -Dato’ Zainal Abidin
Harimau Malaya
Astro Arena
Advertisements

Lagenda bola sepak negara, Dato’ Zainal Abidin Hassan memuji impak luar biasa yang dipamerkan oleh duo negara, Arif Aiman dan Faisal Halim bersama Malaysia.

Dua pemain ini memainkan watak penting termasuklah menjadi penjaring terbanyak negara pada tahun 2023 dengan 6 gol.

Menurut pemerhatian bekas jurulatih Melaka United FC, Harimau Malaya kini berada pada landasan yang terbaik dengan memiliki beberapa pemain berkualiti tinggi seperti bintang JDT ini.

Advertisements

“Saya pernah berada pada situasi beliau, bermain dengan pemain yang lebih senior. Beliau bermain dengan pemain yang bijak dan memiliki kemahiran yang tinggi.”

“Arif beraksi di JDT dan dikelilingi pemain yang berpengalaman. Kita juga boleh melihat kemajuannya juga mendadak. Arif aiman mengambil sebanyak mungkin ilmu daripada pemain lain.”

Advertisements

Zainal juga menganggap bahawa tanpa kehadiran dua pemain ini, Malaysia bakal menghadapi kekangan di bahagian serangan.

“Terus terang saya cakap, tanpa Arif Aiman dan Faisal Halim, Malaysia akan tempang,” jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Arif dan Faisal merupakan watak penting dibantu kecemerlangan pemain Malaysi untuk melonjakkan persembahan Malaysia.

Skuad negara merakamkan dua kemenangan ke atas Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei untuk memimpin carta Kumpulan D dengan 6 mata.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram