“Malaysia Amat Dahagakan Kejayaan” – Mukhairi Ajmal
Harimau Malaya
Azri / MakanBola
Advertisements

Kapten pasukan bawah 23 tahun Malaysia, Mukhairi Ajmal optimis dengan kebangkitan yang bakal dipamerkan oleh skuad muda negara di Thailand.

Pemain berusia 22 tahun itu berada dalam senarai pemain yang dibawa oleh E. Elavarasan ke kem latihan pusat.

Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun sedar akan harapan yang diletakkan kepada skuad muda negara selepas terlepas peluang pada dua aksi sebelum ini.

Advertisements

Bintang muda versatil ini yakin kehadiran beberapa tonggak baharu mampu memberi nilai tambah kepada Malaysia.

“Saya rasa perubahan itu datang dari pemain sendiri, mereka perlukan jiwa untuk bermain. Saya harap semua pemain mampu beraksi sebaik mungkin.”

Beliau berharap agar sasaran pasukan untuk mara ke pusingan berikutnya mampu dicapai pada kejohanan kali ini.

Advertisements

“Kita ada matlamat sendiri. Saya harap kita dapat lakukan kejutan. Keadaan pasukan juga ketika ini memerlukan sesuatu untuk bangkit dan kita amat memerlukan kejayaan ini,” ujarnya kepada MakanBola.

Motivasi pasukan kini berada pada tahap terbaik namun Mukhairi optimis kejayaan bakal memihak kepada skuad muda negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram