Malaysia B-16 Jadi Wakil Tunggal Asia Ke FIFA Youth Series
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Skuad Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16) bakal mengharungi cabaran menarik di peringkat antarabangsa pada Mei ini.

New Zealand Football melaporkan Malaysia menjadi sebahagian daripada enam negara yang menyertai kejohanan baru anjuran FIFA iaitu FIFA Youth Series.

Ad

Selain Malaysia, New Zealand, Guatemala, Paraguay, Tunisia dan tuan rumah, Switzerland turut mengambil bahagian.

Ad

Kejohanan yang berlangsung di Zurich, Switzerland ini bertujuan memberi pendedahan kepada pemain-pemain B-16 di peringkat antarabangsa sebelum menyertai mana-mana kejohanan B-17 anjuran FIFA.

Kejohanan ini turut berperanan sebagai kejohanan pemanas badan buat anak buah Javier Jorda Ribera sebelum mengharungi pusingan kelayakan Piala Asia B-17 2025 pada Oktober ini.

Ad

FIFA Youth Series menyaksikan Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama Paraguay dan Tunisia. New Zealand, Guatemala dan Switzerland pula berada dalam Kumpulan A.

Ad

Format kejohanan menyaksikan setiap negara menghadapi dua aksi kumpulan masing-masing. Ini disusuli penentuan tempat kelima, penentuan tempat ketiga dan juara kejohanan.

Ad

Pasukan yang menduduki tempat ketiga kumpulan masing-masing akan berentap untuk penentuan tempat kelima. Naib juara kumpulan akan berentap untuk penentuan tempat ketiga.

Juara kumpulan pula akan bersaing merebut mahkota kejuaraan FIFA Youth Series. Kejohanan dijangka berlangsung dari 19 hingga 23 Mei ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments