“Malaysia B-16 Tunjuk Banyak Kemajuan Walau Tersingkir Awal” – Javier Ribera
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Pengendali Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16), Javier Jorda Ribera percaya skuad negara menunjukkan banyak kemajuan meskipun tersingkir daripada saingan Kejuaraan ASEAN B-16 2024.

Skuad negara tidak dapat layak ke pusingan separuh akhir kejohanan selepas hanya mengutip tiga mata dalam Kumpulan C.

Ad
Sponsors

Satu-satunya kemenangan yang diraih Malaysia B-16 ialah kemenangan 5-0 ke atas Timor Leste. Sementara baki dua aksi lagi menyaksikan skuad negara memberi tentangan sengit sebelum tewas kepada Australia dan Thailand.

Ad

Australia dan Thailand masing-masing layak ke separuh akhir sebagai juara Kumpulan C dan naib juara terbaik kumpulan.

Meskipun tersingkir awal, Ribera merasakan skuad negara menunjukkan kemajuan yang baik memandangkan ini kumpulan pemain yang baru dibentuk.

Ad

“(Bertambah baik dalam) banyak perkara. Pada akhirnya, mereka kumpulan baru dan mereka akan mendapat peluang lagi selepas ini. Dan dari segi taktikal, kita semakin bertambah bagus dalam setiap perlawanan.

Ad

“Kita melakukannya dengan baik terutama dari segi set-piece, kita amat kuat. Malah, semasa bertahan terutama dalam kotak penalti, kita melakukannya dengan baik.

Ad

“Menentang lawan sebegini, sudah tentu kita perlu kawal semuanya dalam setiap perlawanan. Kita ada satu tugas iaitu jadi lebih bagus (untuk kejohanan seterusnya),” katanya kepada Harimau Malaya selepas tiba di Malaysia bersama skuad negara pada 1 Julai lalu.

Ribera percaya kejohanan ini sebagai asas yang baik buat Malaysia B-16 menjelang kempen kelayakan Piala Asia B-17 pada Oktober ini.