Malaysia Bakal Bertemu Australia ?
MakanBola
Football Australia
Sponsors

Pasukan Malaysia dikhabarkan bakal mengadakan satu aksi persahabatan di bawah kalendar FIFA berdepan Australia Mac ini.

Berita mengejutkan ini bagaimanapun mendapat respon yang pelbagai daripada warga Australia yang sebahagiannya memandang rendah keupayaan anak didik Kim Pan-gon.

Ad

Menerusi satu laporan oleh media Australia, mereka memaklumkan bahawa akan ada aksi persahabatan antarabangsan melibatkan The Socceroos menentang Harimau Malaya.

Ad

Kali terakhir Australia menentang Malaysia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada tahun 2011 dengan Australia menang 5-0 di Canberra.

Namun begitu, aksi ini seakan dipandang sebelah mata ketika ada yang merasakan bahawa Malaysia bukanlah lawan sebenar Australia.

Ad

“Malaysia? Um ok,” komen Fiat Multipla.

Ad

Bukan itu sahaja, mereka merasakan bahawa pihak bola sepak Australia telah mengkhianati janji yang dibuat sebelum ini.

Ad

“Bukan lawan berprofil tinggi seperti yang dijanjikan peminat bola sepak Australia.”

“Kita sepatutnya mencari lawan yang lebih baik,” jelas individu bernama Alex.

Australia kini berada dalam kelompok 30 pasukan terbaik dunia menerusi ranking FIFA iaitu pada tangg ke-27 manakala Malaysia ke-142.

Perbezaan ini bakal menjadi kayu ukur terbaik selain memantapkan lagi persediaan pasukan menjelang Piala Asia hujung tahun ini.

Ketika ini, masih tiada pengumuman rasmi yang dibuat oleh FAM berhubung perkara ini.