Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Susulan tindakan Yaman membatalkan perlawanan persahabatan dengan Malaysia pada 20 Jun ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) segera mencari pengganti pasukan berkenaan. Hari ini, FAM mengesahkan Papua New Guinea bakal menentang skuad negara pada tarikh yang sama.

Advertisements

Menurut Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Hj Rahman, pembatalan perlawanan Malaysia-Yaman dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Yaman (YFA) selepas ramai pemain utama skuad Yaman berada dalam skuad B-23 yang menyertai Kejohanan Bola Sepak Asia Barat anjuran Iraq.

Disebabkan pembatalan tersebut dibuat pada saat akhir, FAM berdepan kesuntukan masa mencari pasukan pengganti. Ini ditambah dengan kebanyakan pasukan lain sudah mengatur perlawanan antarabangsa mereka pada bulan Jun.

Advertisements

Justeru, selepas berhubung dengan beberapa pasukan, Papua New Guinea bersetuju menerima pelawaan FAM untuk mengambil tempat Yaman. Harimau Malaya bakal berdepan pasukan ini pada tarikh sama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

“Pembatalan saat akhir daripada pihak YFA ini sekali gus memaksa FAM perlu mencari segera pasukan pengganti sesuai dalam masa yang agak suntuk dengan pilihan terhad memandangkan kebanyakan pasukan lain sudah mempunyai lawan masing-masing pada kalendar FIFA kali ini.

Advertisements

“Selepas menghubungi beberapa pasukan, FAM akhirnya telah berjaya mendapat persetujuan daripada Papua New Guinea sebagai pasukan pengganti untuk bertemu skuad Harimau Malaya di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Selasa, 20 Jun 2023,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi FAM.

Papua New Guinea menduduki ranking ke-159 berdasarkan kedudukan ranking terbaru FIFA. Dengan mereka bakal menentang Singapura pada 12 Jun ini, ia dianggap peluang terbaik buat jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menilai kekuatan pasukan berkenaan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram