Malaysia Bakal Tempuhi Dua Aksi Bertaraf Tinggi
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Malaysia sah akan menghadapi dua perlawanan berintensiti tinggi menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Berita ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, bahawa pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah merangka dua aksi persahabatan penting memandangkan aksi liga tempatan dijangka bermula Mei hadapan.

“FAM atur dua perlawanan persahabatan, satu di dalam negara and satu di luar negara. Skuad negara dijangka buat persiapan lebih awal susulan liga belum bermula, difahamkan pemain lapor diri pada 21 Februari ini”, tulis beliau di laman X.

Advertisements

Presiden FAM, Datuk Seri Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin sebelum ini mengesahkan skuad Harimau Malaya bakal melakukan persiapan di Dubai bagi menghadapi baki saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Mac.

Pada aksi kelayakan tersebut, Malaysia dijadualkan bertemu Oman pada 21 Mac 2024 di Muscat dan 26 Mac 2024 di Kuala Lumpur.

Aksi persahabatan yang juga persiapan rapi ini penting selepas kempen Piala Asia yang memberangsangkan buat skuad bimbingan Kim Pan-gon meskipun tidak berjaya melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram