Malaysia Belasah Arab Saudi, Bintang ‘Buatan’ US Ledak 7 Gol
MakanBola
Srikandi Merdeka Cup

Kemenangan pertama Malaysia di Srikandi Merdeka Cup tampak cukup bermakna setelah membelasah Arab Saudi dengan pemain muda dari US tampil cemerlang mencipta 7 jaringan peribadi.

Aksi terakhir peringkat kumpulan A Srikandi Merdeka Cup 2026 berakhir dengan keputusan 9-0 memihak Malaysia ke atas Arab Saudi, sekali gus menjadi kemenangan sulung buat pasukan bimbingan Fairuz Montana di Indonesia ini.

Di sebalik kemenangan besar ini, nama penyerang muda negara, You Lim menjadi perhatian selepas berhasil menyumbang 7 jaringan dalam aksi ini dengan hatrik dilakar dalam masa 19 minit pada babak pertama permainan.

You Lim membuka tirai jaringan menerusi percubaan jarak jauh pada minit ke-8 sebelum dua lagi gol berjaya diperoleh pada minit ke-22 dan 27 untuk melengkapkan hatrik sulung beliau bersama pasukan kebangsaan Malaysia.

4 lagi gol peribadi You Lim diraih pada separuh masa kedua hasil ketajaman penyudah penyerang yang beraksi di USA ini di minit ke-57, 75, 83 dan 85, sekali gus menjadi pemain negara pertama menjaringkan 7 gol dalam satu-satu aksi.

Sementara itu, gol Mia Alysa dan Ku Nur Qaleysha pada masa tambahan di setiap babak melengkapkan kemenangan bergaya 9-0 Malaysia ke atas Arab Saudi di perlawanan terakhir peringkat kumpulan A Srikandi Merdeka Cup ini