Malaysia Berpeluang Leburkan Rekod Tak Masuk Akal Vietnam
Asia Tenggara
FA Malaysia
Advertisements

Perlawanan separuh akhir acara bola sepak lelaki Sukan Sea Hanoi yang menemukan tuan rumah, Vietnam dan Malaysia pastinya menjadi tumpuan penyokong kedua-dua pasukan dengan Vietnam sudah tentu mahu mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi sebelum ini.

Namun rekod tanpa bolos yang dicatatkan Vietnam Bawah 23 Tahun (B-23) sememangnya tidak masuk akal. Mereka kini melalui 10 perlawanan tanpa bolos dalam semua kejohanan yang disertai.

Sebelum Sukan Sea berlangsung, skuad Vietnam B-23 mengekalkan enam rekod bersih tanpa bolos pada pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 dan Kejohanan Piala AFF B-23.

Advertisements

Dalam kelayakan Piala Asia B-23, Vietnam menewaskan Taiwan dan Myanmar dengan jaringan yang sama iaitu 1-0. Selepas dua kemenangan tersebut, Vietnam mengungguli kumpulan I dan layak ke pusingan seterusnya yang akan dihoskan oleh Uzbekistan pada 1 Jun hingga 19 Jun.

Pada kejohanan Piala AFF B-23, Vietnam menewaskan Singapura 7-0 dan Thailand 1-0 dalam peringkat kumpulan, kemudian seri menentang Timor Leste 0-0 pada separuh akhir sebelum menang menerusi sepakan penalti. Vietnam kemudiannya menewaskan Thailand 1-0 dalam perlawanan akhir untuk memenangi kejohanan itu buat kali pertama.

Park Hang-seo meneruskan rekod bersih tersebut dalam Sukan Sea Hanoi apabila membelasah Indonesia 3-0, seri 0-0 dengan Filipina, dan seterusnya menang tipis ke atas Myanmar 1-0. Vietnam mengakhiri aksi kumpulan dengan membenam Timor Leste 2-0.

Advertisements

Kini mereka bakal berdepan pasukan Malaysia B-23 dalam aksi separuh akhir dengan membawa rekod bersih tanpa bolos dalam 10 perlawanan. Jika pemain negara mampu untuk menjaringkan gol pada aksi separuh akhir nanti, maka leburlah rekod tanpa bolos Vietnam B-23 yang sudah sekian lama dipertahankan.

Sudah pasti barisan serangan pasukan negara yang diketuai Luqman Hakim Shamsudin bakal berhadapan dengan benteng kebal Vietnam. Namun begitu, barisan pemain negara pasti sudah sedia maklum akan hal ini dan akan berjuang bermati-matian demi meraih pingat emas yang diidamkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram