Hasrat Malaysia untuk memiliki pengganti terbaik pada posisi penyerang tulen mungkin bakal menjadi kenyataan apabila seorang penyerang muda berketurunan Afrika.
Skuad kebangsaan hakikatnya sedang menagih ketajaman peledak berbisa yang mampu menggalas tanggungjawab untuk mengisi posisi nombor 9 pasukan.
Sungguhpun ketika ini, Malaysia sudah pun memiliki pemain seperti Darren Lok dan Syafiq Ahmad, pengganti jangka masa panjang masih diperlukan pada posisi tersebut.
Menerusi perkongsian oleh Mixed Malaysian, Harimau Malaya berpotensi untuk menagih khidmat seorang pemain berketurunan Cameroon untuk beraksi selaku penyerang tulen.
Beliau dikenali sebagai Saffy Ndongo merupakan pemain yang sedang menembusi pasaran bola sepak Malaysia.
Pemain muda berusia 18 tahun itu memiliki ketinggian yang amat baik iaitu 1.92 m dan kini beraksi buat skuad Projek FAM-MSN.
Saffy lahir di Malaysia dan mempunyai pertalian darah dengan Cameroon menerusi bapanya yang berasal dari sana manakala ibunya merupakan warganegara Malaysia.
Perkembangan pemain muda ini amat hangat diperkatakan dan diharap mampu mencapai potensi sebenar untuk diserap ke dalam skuad muda negara kelak.
Pada musim ini, beliau telah menjaringkan satu gol dalam 322 minit permainan yang diperolehinya di Piala MFL.