Asia Tenggara
Advertisements

Penyerang import Selangor, Ifedayo Olesegun menghamburkan pujian terhadap penyerang kebangsaan, Shahrel Fikri selepas persaingan yang sengit dalam merebut Anugerah Kasut Emas Liga Super pada musim ini.

Ifedayo meraih kasut emas setelah menjaringkan 12 gol dalam 11 perlawanan liga pada musim ini, berkelebihan dua gol berbanding Shahrel Fikri yang menjaringkan sepuluh gol. Namun penyerang yang bermain bersama pasukan Perak itu kekal menjadi penjaring terbanyak untuk pemain tempatan pada musim ini.

Ifedayo menjaringkan hatrik dalam perlawanan menentang PDRM\

“Saya melihat rakaman perlawanannya dan caranya mendapatkan gol sememangnya amat hebat. Saya rasa Malaysia amat bertuah mempunyai penyerang seperti itu yang sangat bijak mendapatkan gol,” katanya kepada Astro Arena.

Advertisements

Shahrel Fikri atau lebih dikenali sebagai Eky mempamerkan aksi yang cemerlang selepas saingan liga bermula dengan menjaringkan 10 gol daripada 11 perlawanan menjadikannya sebagai penjaring kedua terbanyak Liga Super di belakang Ifedayo.

Sebelum ini beliau pernah bermain di pasukan Liga Thai iaitu Nakhon Ratchasima secara pinjaman daripada PKNP FC sebelum menyertai pasukan Perak FA pada tahun 2019.

Pesawat MAS MALAYSIA 33 "Malaysia Bertuah Memiliki Penyerang Tempatan Seperti Shahrel" - Ifedayo
Shahrel Fikri di Thailand

Karier Statistik Shahrel Fikri :

Advertisements

Tahun 2016 – 2018 : PKNP FC ( 42 gol dalam 69 perlawanan)

Tahun 2018 : Nakhon Ratchasima secara pinjaman ( 2 gol dalam 12 perlawanan)

Tahun 2019 – 2020 : Perak FA (14 gol dalam 43 perlawanan)

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram