Malaysia Catat Kemenangan Sukar Lawan Perak
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia berhempas pulas sebelum berjaya menundukkan Perak dengan kemenangan tipis 1-0.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon menurunkan kesebelasan campuran berdepan The Bos Gaurus.

Beliau mahu memberi peluang kepada para pemain untuk mendapat minit bermain pada perlawanan ini.

Aksi babak pertama berlangsung baik dengan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan.

Jaringan tunggal perlawanan terhasil pada babak pertama menerusi pertahanan kental, Daniel Ting yang meledak pada minit ke-17.

Harimau Malaya menggandakan usaha dengan mengatur beberapa serangan penting namun tidak berupaya menjelmakan tambahan jaringan.

Tambahan masa 6 minit tidak cukup untuk mengubah keputusan yang hanya berlangsung selama 75 minit.

Antara pemain yang dikesan beraksi seperti Haqimi Azim, Declan Lambert, Akhyar Rashid, Brendan Gan, Safwan Mazlan dengan nama-nama kesebelasan utama juga turut beraksi.

Malaysia dijangka akan mengharungi satu lagi aksi pemanas badan menentang KL City sebelum berangkat ke Kyrgyzstan.