Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Selepas mencipta kemenangan ke atas Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea, Malaysia terus mempergiat persiapan ke Piala Asia. Dan untuk kalendar antarabangsa FIFA pada September ini, Harimau Malaya dijangka akan bertemu dengan China.

Advertisements

Hal ini dilaporkan oleh ASEAN Football dengan Harimau Malaya bakal beraksi sebagai pasukan pelawat. Ini dilihat sebagai persiapan penyesuaian diri skuad kebangsaan bila beraksi di Piala Asia pada tahun hadapan.

Aturan perlawanan persahabatan China-Malaysia ini turut diketahui oleh Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir.

Advertisements

Ini selepas beliau cuba mengatur perlawanan dengan Harimau Malaya untuk bulan September. Bagaimanapun, perancangan tersebut terpaksa dibatalkan selepas diberitahu perancangan mereka pada bulan berkenaan.

“”Kita punya tugas juga untuk naik dari (ranking ke-) 149 ke 100 dalam beberapa tahun ke depan. Malaysia, saya sangat terbuka mahu lawan sama Malaysia, bila lagi.

Advertisements

“Tapi mereka juga ada perlawanan di China, kalau tak silap undangan bulan 9 kalau tak silap saya,” katanya dalam sidang media khas PSSI semalam.

Selain China, Malaysia juga bakal mengatur satu lagi perlawanan persahabatan dengan Taiwan untuk kalendar antarabangsa FIFA pada September ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram