Malaysia Dijangka Bertemu Syria Atau Yaman Sebagai Aksi Pemanas Badan
Asia Tenggara
Advertisements

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengatur satu perlawanan persahabatan buat skuad kebangsaan Malaysia sebagai aksi pemanas badan sebelum ke Indonesia bagi menghadapi skuad Garuda pada perlawanan pertama Kumpulan G kelayakan Piala Dunia pada 5 September ini.

Mengikut perancangan awal, Malaysia dijangka bertemu UAE pada penghujung bulan depan Ogos, namun ia terpaksa dibatalkan berikutan lawan itu turut berada dalam kumpulan yang sama dalam saingan kelayakan.

Berdasarkan jadual perlawanan, Syria, Yaman dan Hong Kong akan ke rantau Asia Tenggara untuk aksi pertama sekali gus mungkin jadi pengganti kepada UAE.

Advertisements

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata pihaknya akan berhubung dengan pasukan berkenaan dan keputusan bergantung kepada lawan terbabit sama ada akan singgah di sini atau pun sebaliknya.

“Sebelum ini (perancangan menentang UAE) dibuat kerana kita belum tahu dimana perlawanan pertama. Dengan adanya undian ini, sekarang kita boleh berhubung dengan pasukan tertentu sebelum mereka bermain di negara Asia Tenggara lain.

“Perlawanan persahabatan ini akan diadakan di sini. Terpulang kepada pasukan berkenaan tetapi saya harap mereka boleh bermain dengan kita,” katanya ketika ditemui selepas undian di Bukit Jali, hari ini.

Advertisements

Pada undian itu, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan G bersama UAE, Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Mengulas keputusan undian berkenaan, Stuart berkata skuad Kebangsaan memiliki peluang baik untuk pusingan akhir Piala Asia 2023.

“Saya rasa daripada undian ini, kita ada peluang sebab kita sudah faham lawan kita. Semua pasukan Asia Tenggara pun sependapat dengan kita. Tuah undian kita sudah dapat, sekarang bergantung kepada hasil atas padang,” katanya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram