Malaysia bakal mengharungi kempen di Pestabola Merdeka 2023 berdepan salah sebuah pasukan terbaik di Asia iaitu India.
Perlawanan yang menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah ini bakal menjadi medan ujian terbaik buat pasukan kendalian Kim Pan-gon untuk terus mempersiapkan diri sebelum melangkah ke Piala Asia tahun hadapan.
Pestabola Merdeka 2023 disertai empat pasukan dengan format secara kalah mati itu menyaksikan pasukan negara berdepan dengan tiga pasukan lagi iaitu Palestin, Lubnan dan India.
Saingan edisi ke-42 menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon berdepan ujian sebenar apabila disertai pasukan yang berada pada kedudukan yang lebih baik.
Menurut kemas kini terbaru oleh FIFA, Palestin berada pada kedudukan ke-96 dunia, Lebanon (ke-100) dan pasukan di tangga ke-99, India.
Menerusi undian yang telah dijalankan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 8 Ogos 2023, skuad kebangsaan menerima tentangan daripada pasukan India pada aksi kalah mati.
Perlawanan akan berlangsung pada Jumaat, 13 Oktober 2023 (dua perlawanan) dan Selasa, 17 Oktober 2023 (penentuan tempat ketiga & final) di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Kali terakhir kejohanan ini dijalankan adalah pada tahun 2013 ketika skuad B-23 tahun negara kendalian Datuk Ong Kim Swee berjaya muncul juara menewaskan Myanmar dengan keputusan 2-0.